Site icon TechNave BM

Caviar akan hasilkan PlayStation 5, AirPods Max dan Galaxy S21 Ultra yang disaluti emas

Syarikat Caviar dari Rusia memang terkenal dengan pengubahsuaian peranti elektronik yang mewah dan dijual pada harga yang sangat mahal. Selepas menghasilkan iPhone 12 yang disaluti emas, kini syarikat itu merancang untuk melakukan penghiasan yang sama untuk konsol gaming PlayStation 5, fon kepala AirPods Max dan telefon pintar Samsung Galaxy S21 Ultra.

Untuk PlayStation 5, Caviar merancang untuk menghiasi papan luaran konsol tersebut dengan emas 18K, lantas meningkatkan berat konsol tersebut. Selain itu, hiasan emas turut akan dilengkapkan pada controller DualSense di bahagian tengah, manakala di bahagian sisi pula akan dihiasi dengan kulit buaya.

Salutan emas untuk AirPods Max pula akan dilakukan di bahagian earcups dan produk eksklusif ini akan dijual pada harga US$108,000. Ia akan terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih, di mana warna tersebut terdapat pada kusyen serta headrest yang dihiasi dengan kulit buaya.

Caviar juga akan menghiasi telefon andalan paling eksklusif Samsung yang mungkin dinamakan Galaxy S21 Ultra. Walaupun telefon tersebut masih belum diumumkan, Caviar sudah pun berkongsi ukiran emas yang akan menghiaskan permukaan telefon tersebut. Untuk telefon ini, Caviar menjualnya pada harga US$77,000.

Kongsi pendapat anda tentang peranti ultra-mewah ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version