Site icon TechNave BM

Celcom 5G kini menambah baik keselamatan operasi di Pelabuhan Langkawi

Sepintas lalu, pelaksanaan 5G di Malaysia bakal menghampiri kemuncaknya dengan pelbagai ujian dan pelaksanaan melalui syarikat rangkaian komunikasi yang terlibat. Terkini, Celcom telah berkolaborasi dengan pihak berkuasa Pelabuhan Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung untuk meningkatkan prestasi operasi menggunakan rangkaian 5G.

Kolaborasi ini mengetengahkan penggunaan kamera yang memaparkan video panorama 360° UHD 4K pemandangan digital landskap Pelabuhan Langkawi. Kamera tersebut juga dilengkapi teknologi AI untuk memantapkan lagi keselamatan operasi di Pelabuhan Langkawi. Pelaksanaan ini sejajar dengan matlamat keamanan dan keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom Axiata Berhad.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom teruja untuk meneruskan penerokaan teknologi 5G dengan pihak berkuasa di Pelabuhan Langkawi. Satu lagi pemain industri yang akan mendapat manfaat teknologi 5G, seterusnya menerajui pembangunan dan penggunaan 5G merentasi pelbagai industri di Malaysia.

Selari dengan pembangunan 5G, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar yang menyokong 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi 5G Malaysia terkini.

Exit mobile version