Site icon TechNave BM

Celcom baiki masalah pagi ini, perkhidmatan kembali normal

Jika anda merupakan pengguna Celcom dan mengalami signal yang agak teruk pada pagi tadi, ini adalah kerana Celcom mempunyai masalah dalam perkhidmatan mereka.

Walau bagaimanapun, masalah itu telah pun diselesaikan dan pengguna Celcom hanya perlu memulakan semula (restart) peranti mereka untuk mengakses ke dalam rangkaian semula dan menggunakan perkhidmatan Celcom seperti biasa.

Masalah ini turut dialami oleh pengguna Tune Talk dan Xpax. Masalah tersebut dijangka akan diselesaikan pada 11:00 pagi ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version