Site icon TechNave BM

Celcom berusaha untuk memenuhi tarikh akhir dengan DNB untuk rangkaian 5G

Celcom Axiata Bhd akan berusaha untuk memenuhi tarikh akhir dengan Digital Nasional Bhd (DNB) mengenai perjanjian perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia. Sebelum ini, kami melaporkan bahawa K-KOMM telah memberikan syarikat telekomunikasi sehingga 30 Jun 2022 untuk menandatangani perjanjian dengan DNB.

Seperti yang dilaporkan oleh sumber, presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Axiata Group Bhd iaitu Datuk Izzadin Idris mengesahkan perkara itu dengan berkata syarikat tersebut diberi masa sehingga tarikh yang ditetapkan untuk memuktamadkan proses itu. Beliau turut menegaskan bahawa Celcom sedang berusaha sedaya upaya untuk memenuhi proses akhir rundingan.

Izzadin menyatakan perkara tersebut semasa sidang media sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) Axiata Group Bhd yang diadakan di Kuala Lumpur. Sehingga kini, empat syarikat telekomunikasi utama di negara kita masih belum menandatangani perjanjian dengan DNB mengenai rangkaian 5G borong tunggal.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Bernama

Exit mobile version