Site icon TechNave BM

Celcom dan Digi tangguh tarikh muktamad penggabungannya ke 31 Disember 2022

Dua syarikat telekomunikasi utama tempatan, Axiata Group Bhd dan Digi.Com Bhd, bersetuju untuk menangguhkan tarikh muktamad perjanjian pembelian saham (SPA) berkaitan cadangan untuk menggabungkan Celcom Axiata Bhd dengan Digi.

Tarikh itu ditangguhkan kepada 31 Disember 2022, iaitu lebih enam bulan sejak tarikh asalnya 21 Jun 2022. Selain daripada perubahan tarikh tersebut, semua terma dan syarat SPA akan terus kekal.

Menurut makluman daripada Digi pada 21 Jun 2021, menurut SPA yang telah dimeterai antara kedua-dua syarikat pada tarikh tersebut, syarat prajadi dalam SPA perlu dipenuhi dalam tempoh 12 bulan sejak ia ditandatangani. Jika tarikhnya perlu diubah, ia perlu dipersetujui oleh Digi dan Axiata secara bertulis.

Apakah pendapat anda tentang penggabungan Celcom dan Digi ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version