Site icon TechNave BM

Celcom dan Samsung tawarkan Pelan Keluarga Celcom Mega: Penjimatan sehingga RM2,300

Kini, Celcom dan Samsung memberi tawaran dengan lebih banyak nilai dan penjimatan terbaik sehingga RM2,300 untuk anda dan seluruh keluarga melalui Pelan Keluarga Celcom Mega bermula pada Jumaat lepas. 

Pelanggan boleh menikmati pelan dengan pelbagai pilihan daripada telefon pintar 5G Samsung termasuk siri Galaxy S22. Pelan ini membenarkan sehingga 6 talian keluarga bagi setiap akaun pada harga RM40 dengan akses internet tanpa had. 

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar Samsung 5G dan tambahan pelan keluarga boleh membawa pulang Samsung Galaxy A03 64GB percuma untuk pelan pascabayar Mega daripada RM98 dan ke atas. Pelanggan juga boleh memilih untuk memiliki dua talian dengan satu peranti Samsung 5G dengan penjimatan tambahan sehingga RM300.

Siri Galaxy S22 lebih mampu dimiliki berbanding sebelum ini dengan Pelan Keluarga Celcom Mega. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti-peranti Samsung di laman web rasmi mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version