Site icon TechNave BM

Celcom dan ZTE Malaysia hadiahkan telefon pintar kepada keluarga berpendapatan rendah

ZTE Malaysia telah berganding bahu bersama syarikat telekomunikasi tempatan Celcom untuk menghadiahkan pelbagai peranti elektronik pintar bernilai RM60,000 kepada para pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Inisiatif yang dinamakan MyBaikHati ini bertujuan membantu para pelajar berpendapatan rendah untuk terus belajar dalam suasana norma baharu yang memerlukan pembelajaran dari rumah (PdPR) menggunakan telefon pintar. Ia telah berlangsung pada Oktober 2021 hingga Disember 2021 di Semenanjung dan negeri-negeri Borneo.

Sepanjang inisiatif MyBaikHati dijalankan, sebanyak 80 buah telefon pintar ZTE Blade A7 2019 dan 20 buah peranti Fixed Wireless Access (FWA) telah diberikan kepada para pelajar, sekolah serta komuniti luar bandar untuk tujuan pendidikan. Peranti FWA akan membenarkan masyarakat luar bandar untuk berhubung dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi yang disediakan oleh Celcom.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version