Site icon TechNave BM

Celcom, Digi dan Maxis tandatangan perjanjian berkongsi pembangunan gentian optik

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sudah mula diumumkan sejak tahun lepas ke arah pembangunan aspek digital dalam negara. Seiring dengan pelan tersebut, tiga syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi dan Maxis kini menandatangani Perjanjian Definitif untuk berkongsi infrastruktur gentian optik di Malaysia.

Melalui perjanjian yang mengetengahkan perkongsian insfrastruktur dan pembangunan gentian optik ini, pelaksanaannya ke pangkalan adalah lebih cekap. Ia juga dapat mengelakkan pertindihan infrastruktur gentian optik di negara ini.

Menurut ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini, kerjasama ini bakal membolehkan pelaksanaan yang lebih pantas dan membolehkan mereka lebih bersedia untuk menampung trafik internet yang semakin meningkat. Industri juga boleh memperluas rangkaian mudah alih 4G untuk menyokong tapak 5G baru berserta gentian optik untuk memperluas perkhidmatan ke kediaman.

Sebenarnya, perkongsian infrastruktur, menara dan lebar jalur adalah perkara biasa dalam kalangan operator. Celcom, Digi dan Maxis telah terlibat dalam perkongsian infrastruktur gentian optik sejak tahun 2005 lagi.

Kami juga berharap agar kerjasama ini mampu memberi manfaat kepada sektor digital terutamanya untuk akses capaian rakyat yang lebih baik. Kongsikan pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Gambar dari IFP

Exit mobile version