Site icon TechNave BM

Celcom, Digi, Maxis meterai MoU bagi meneroka kolaborasi gentian di stesen pengkalan untuk menyokong peningkatan kapasiti rangkaian mudah alih dan persediaan ke arah 5G

Celcom, Digi, dan Maxis telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk meneroka pembangunan bersama bagi infrastruktur gentian dalam melaksanakan ‘backhaul’ gentian dan pelaksanaan gentian ke stesen pengkalan di negara ini. Ia akan menambah baik hubungan 4G di seluruh negara dan selari dengan sasaran The National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) oleh kerajaan.

Tiga syarikat telekomunikasi ini bergabung kepakaran dalam merekabentuk, membangun, mengagih, mengendali dan menyelenggara infrastruktur gentian mereka di seluruh negara. MoU tersebut juga adalah langkah yang penting ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk pelaksanaan 5G.

Untuk memastikan apa yang bakal ditawarkan oleh 5G dapat dicapai, infrastruktur gentian yang padat dan lebih utuh diperlukan bagi mencapai petunjuk prestasi utama 5G, iaitu; kependaman rendah, kelajuan data yang tinggi, kebolehpercayaan ultra-tinggi, dan kapasiti dalam menguruskan lebih banyak peranti yang terhubung.

Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis, berkata ia merupakan langkah ke hadapan yang amat positif dalam menyediakan akses yang menyeluruh ke pekan-pekan dan bandar-bandar di negara ini, serta satu lagi contoh perkongsian pintar dalam mencapai cita-cita dan sasaran NFCP oleh kerajaan.

Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version