Pada hari ini, Celcom telah memperkenalkan pelan prabayar Celcom Xpax Mix & Match yang membenarkan pengguna untuk mengubah suai pelan prabayar mengikut keperluan mereka dan mengelakkan pembaziran wang.
Untuk mengubah suai pelan, pelanggan boleh berbuat demikian dalam aplikasi Celcom Lite dengan fungsi Campur dan Padankan, kemudian laraskan mengikut aplikasi media sosial, akses atau kelajuan internet pilihan mereka yang dikehendaki.
Bermula dengan RM20 sahaja, pelanggan boleh mengutamakan akses untuk aplikasi-aplikasi tertentu seperti TikTok, Instagram, Facebook, iQiyi, Viu, PUBG Mobile dan Mobile Legends.
Sebagai contoh, pelanggan yang hanya inginkan data boleh mengubah suai pelan dengan memilih Data Tanpa Had tanpa panggilan suara, dengan harga RM32 sebulan. Beliau juga boleh memilih nilai tambah (add-ons) bermula RM3 untuk data internet berkelajuan tinggi 20GB atau kuota hotspot sebanyak 20GB.
Untuk mereka yang mengutamakan internet lebih pantas, Celcom mencipta tiga pas pra-konfigurasi yang akan menyediakan internet terpantas dalam pelan prabayar.
Buat pengguna yang mengutamakan penjimatan tertinggi, mereka boleh dapatkan kuota internet 8GB pada harga RM20 sebulan. Sementara itu, mereka yang gemar menonton video boleh dapatkan Celcom Xpax Unlimited High-Speed daripada harga RM35 sebulan termasuk perkhidmatan suara.
Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan melanggan kepadanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

