Site icon TechNave BM

Celcom lancarkan perkhidmatan “gaming” awan pertama di Malaysia berharga RM40/bulan

Hari ini, Celcom baru sahaja mengumumkan bahawa ia telah melancarkan perkhidmatan gaming awan pertama di Malaysia. Inisiatif oleh Celcom ini adalah perkongsian dengan Radian Arc dan Blacknut yang membolehkan pelanggan Celcom menikmati lebih daripada 400 jenis game awan premium pada hanya RM40 sebulan. Bagaimana ia berfungsi?

Menurut Celcom, gaming awan Radian Arc dan Blacknut menggunakan teknologi GPU Edge dan rangkaian pengendali untuk memproses data sedekat mungkin dengan pengguna akhir. Ia juga memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan gentian (fibre) Celcom yang mana pelanggan Celcom MAX boleh menikmati akses tanpa had untuk menstrim dan bermain game kegemaran mereka sehingga 500Mbps dan internet gentian rumah tanpa had.

Untuk masa terhad sahaja, Celcom juga menawarkan pengguna Celcom MAX baharu dan sedia ada akses percubaan 1 bulan kepada perkhidmatan gaming awan Blacknut secara percuma. Selain itu, tawaran pelan pascabayar Celcom Home Fiber dan MEGA termasuk penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan dan penghala (router) AX secara percuma.

Pelanggan yang berminat boleh melanggan Celcom MAX dengan mengunjungi mana-mana cawangan Celcom bluecube atau rakan kongsi sah Celcom. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan tawaran gaming awan Celcom MAX, anda boleh melawati laman rasmi di sini atau lihat gaming awan terkini dengan melawati laman rasmi Blacknut.

Kongsi pendapat anda tentang tawaran ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version