Site icon TechNave BM

Celcom luaskan pelan pasabayar MEGA dengan Family Line, Unlimited & Lightning bermula RM40 sebulan

Celcom MEGA sudah pun diumumkan lebih setahun lalu dan kali ini syarikat telekomunikasi itu akan meluaskan lagi pilihan yang ditawarkan oleh pelan pascabayar tersebut. Bermula hari ini, pelanggan MEGA Family Line boleh pilih di antara pas Lightning atau Unlimited manakala pelanggan individu pula boleh membeli pas MEGA Unlimited atau MEGA Lightning yang baru.

Dengan Celcom MEGA Family Line, pelanggan dan keluarga boleh melayari internet dengan data tanpa had (Unlimited) atau data pantas (Lightning) di mana yuran bulanan adalah sebanyak RM40 sebulan untuk satu nombor. Pas Unlimited boleh digunakan tanpa had pada kelajuan 6Mbps, manakala pas Lightning mempunyai had 30GB sebulan dengan kelajuan tinggi.

Semua pengguna Celcom MEGA Family Line boleh membuat panggilan tanpa had. Jika pengguna pas Lightning kehabisan data, nombor utama (primary line) dalam MEGA Family Line boleh berkongsi data melalui Internet Share pada harga RM5 sebulan.

Buat pelanggan individu, terdapat juga pelan MEGA baharu yang terdiri daripada Unlimited M, Unlimited M Plus dan Unlimited L Plus. Buat mereka yang mengutamakan kelajuan internet pula, pas Lightning akan ditawarkan dalam pilihan Lightning XL, Lightning L Plus, Lightning M Plus dan Lightning M.

Layari laman web Celcom MEGA Family Line atau FAQ untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version