Site icon TechNave BM

Celcom MEGA ™ membenarkan anda menukar kuota Internet yang tidak digunakan kepada wang tunai

Terkini, salah satu syarikat telco utama Malaysia, Celcom telah melancarkan pelan pascabayar terbaru iaitu Celcom MEGA ™. Pelan ini menawarkan kuota Internet 30GB dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan hanya RM80 sebulan.

Anda boleh menukar kuota Internet yang tidak digunakan kepada ganjaran tunai di e-dompet Boost anda. Celcom MEGA ™ juga membenarkan anda memilih sama ada Internet Mudah Alih Tanpa Had dengan caj tambahan hanya RM18 sebulan atau Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi.

Tidak cukup dengan itu, perayauan percuma di 12 negara merupakan salah satu kebaikan yang anda boleh gunakan jika anda melanggan pelan Celcom MEGA ™. 12 negara tersebut termasuklah Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal. Bagus bukan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Celcom kerana masih terdapat banyak tawaran menarik yang dalam pelan pascabayar MEGA ™ ini. Adakah anda berpuas hati dengan penawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version