Site icon TechNave BM

Celcom menawarkan Internet tanpa had dengan 50% diskaun, RM2 untuk Ultra Hour Pass selama 6 jam

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah dipanjangkan tempohnya, syarikat telco dan organisasi lain telah banyak memberi initiatif dalam membantu rakyat untuk mematuhi PKP dan kekal berada di rumah. Terkini, Celcom mengambil langkah untuk menawarkan beberapa tawaran menarik untuk pengguna Celcom!

Celcom menawarkan Internet tanpa had untuk pelan MEGA dengan diskaun 50%, ditambah dengan diskaun 50% untuk talian keluarga dengan pelan MEGA. Bukan itu sahaja, pengguna Celcom XPAX akan dapat menikmati Internet tanpa had selama 6 jam dengan harga hanya RM2 (Ultra Hour Pass). Celcom juga memberi servis percuma untuk penggunaan WhatsApp (panggilan, mesej dan panggilan video), serta servis percuma untuk Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi Celcom di laman web rasminya, Facebook atau di Twitter. Adakah anda berpuas hati dengan tawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version