Site icon TechNave BM

Celcom: Pelan keluarga tanpa had pertama di Malaysia dilancar, bermula RM40 sebulan

Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Talian Keluarga pascabayar mampu milik pertama di Malaysia dengan akses Internet tanpa had. Pelanggan Celcom akan menikmati akses internet tanpa had untuk pelan Talian Keluarga sehingga enam talian.

Pelan Celcom MEGA Family menawarkan pelan fleksibiliti untuk menggabungkan iPhone13 terbaru dengan Apple Watch atau AirPod Pro dengan penjimatan sehingga RM2,320. Pelan pascabayar Celcom MEGA menawarkan Talian Keluarga dengan akses Internet tanpa had serta kuota Hotspot 5GB serendah RM40 setiap talian.

Pelan pascabayar Celcom MEGA RM128 dan ke atas yang menyediakan sehingga 6 Talian Keluarga dan bakal menikmati hiburan terbaik dengan akses VIP percuma bagi iQiyi selama 6 bulan melalui Video Walla Plus. Pelanggan Pelan Keluarga Celcom MEGA juga dapat menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan apabila mereka mendaftar dengan Celcom Home Fibre 100Mbps.

Tambahan, pelan pascabayar Celcom MEGA RM98 dan ke atas bersama Talian Keluarga membenarkan pelanggan untuk gabung telefon pintar dengan peranti pilihan tambahan bagi seluruh keluarga mereka.

Pelanggan boleh menambah telefon pintar Andorid percuma dan nikmati penjimatan lebih banyak apabila anda menambah sebanyak RM549 untuk tablet Samsung A7 Lite. Pelanggan juga boleh memiliki dua peranti Apple seperti iPhone 13, Airpods dan Apple Watch dengan penjimatan sehingga RM2,320 serta diskaun sebanyak 50% untuk Phonecare.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi Celcom. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version