Site icon TechNave BM

Celcom sediakan perkhidmatan penghantaran produk 24 jam ke rumah

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan dash4ME, sebuah perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 24 jam untuk produk-produk Celcom seperti kad SIM dan peranti elektronik yang boleh diakses daripada Celcom Online Shop. Ini adalah inisiatif terbaru dari Celcom bagi menyediakan perkhidmatan sewaktu PKPB dikuat kuasakan di beberapa negeri.

Bermula 1 Oktober hingga 30 November, 100 orang pelanggan pertama Celcom Online Shop akan dapat penghantaran percuma jika mereka membeli pelan Celcom MEGA terpilih. Selain itu, pelanggan baru yang membeli pelan Celcom MEGA dan talian keluara sebelum 31 Disember boleh terima diskaun 50% ke atas bil mereka selama tiga bulan.

Celcom juga sedang menganjurkan kempen Be A Winner yang terbuka kepada semua pelanggan pascabayar dan prabayar, di mana mereka berpeluang memenangi hadia menarik seperti Myvi, motosikal Honda, baucar hotel dan banyak lagi. Untuk menyertainya, pelanggan hanya perlu menjalankan sebarang transaksi dalam aplikasi Celcom Life.

Setakat ini, perkhidmatan dash4ME hanya ditawarkan dalam kawasan Lembah Kelang. Layari laman web Celcom untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version