Site icon TechNave BM

Celcom tawar penukaran AX Router dan modem wayarles rumah secara percuma kepada mangsa banjir

Celcom antara salah satu syarikat yang mengambil inisiatif untuk menolong mereka yang terjejas berikutan banjir yang berlaku pada hujung minggu lalu. Mereka telah menyediakan kemas kini untuk kerja-kerja pemulihan rangkaiannya di beberapa tempat termasuk Hulu Langat, Bestari Jaya, Port Klang dan lain-lain

Kini, Celcom mengumumkan bahawa mereka yang terjejas boleh mengganti penghala AX (router) dan modem wayarles rumah (home wireless modem) secara percuma, mengikut terma dan syarat. Mereka amat menitikberatkan konsep ‘Kita jaga kita’ dan bersiap sedia menjelang tahun baru.

Anda boleh hubungi mereka di 1111 atau +6019-6011111 untuk tahu lebih lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Celcom Facebook

Exit mobile version