Site icon TechNave BM

Celcom tawarkan jam tangan Apple Watch terbaru serendah RM56 sebulan

Celcom Axiata Berhad akan menjual peranti boleh pakai terbaru daripada Apple, Apple Watch Series 6 (GPS + Cellular) dan Apple Watch SE (GPS + Cellular), di laman web Celcom serta kedai-kedai Celcom rasmi. Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan jam tangan tersebut dengan bayaran ansuran bermula RM56 sebulan melalui pelan Celcom MEGA M Pass.

Daripada laman web Celcom, pelanggan boleh membeli varian terendah iaitu Apple Watch SE 40mm pada harga RM56 sebulan bersama pelan Celcom MEGA Lightning M 10GB selama 24 bulan untuk bayaran bulanan keseluruhan sebanyak RM154 sebulan.

Untuk Apple Watch Series 6 pula, pelanggan boleh membeli varian 40mm pada harga RM84 sebulan bersama pelan Celcom MEGA yang serupa untuk bayaran keseluruhan sebanyak RM182 sebulan. Harga untuk kedua-dua jam tangan ini akan meningkat jika pelanggan memilih varian 44mm atau pelan dengan kuota internet lebih tinggi.

Ini tentunya adalah pelan yang menarik bagi peminat Apple Watch kerana Celcom menjualnya pada harga keseluruhan yang lebih murah daripada harga rasmi. Sebagai contoh, harga rasmi Apple Watch Series 6 adalah RM2,199 namun jika anda membayar melalui pelan ansuran ini, anda hanya membayar RM2,016 secara keseluruhan selepas 24 bulan.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli Apple Watch bersama Celcom dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version