Site icon TechNave BM

Celcom VoLTE kini tersedia – Apa itu VoLTE dan cara mengaktifkannya

Tahukah anda apa itu Voice over LTE (VoLTE)? Terkini, Celcom telah mengumumkan perkhidmatan VoLTE mereka. Pengguna Celcom yang menggunakan iPhone kini boleh menikmati servis ini.

Sebelum kami memberi cara untuk mengaktifkan VoLTE, mungkin masih ada yang tidak mengetahui apakah kegunaan VoLTE. Berdasarkan sumber, VoLTE membenarkan pengguna membuat panggilan sambil menggunakan telefon pintar untuk melakukan perkara lain tanpa menamatkan panggilan. Di samping kualiti panggilan yang tinggi, anda perlu tahu bahawa tidak semua kawasan mempunyai rangkaian VoLTE dan hanya peranti tertentu yang menyokong VoLTE.

VoLTE akan diaktifkan secara automatik apabila peranti anda bersambung dengan rangkaian Celcom 4G LTE. Namun, anda perlu memastikan bahawa kemas kini minimum untuk iPhone anda adalah iOS 13.3 dengan tetapan rangkaian mudah alih (mobile network) terkini dan pilihan VoLTE telah dihidupkan.

Jika anda salah seorang pengguna iPhone 7/7 Plus dan ke atas, serta masih tidak mengetahui cara untuk mengaktifkan VoLTE, berikut merupakan cara-caranya:

  1. Cara mengaktifkan VoLTE pada iPhone: Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Voice and Data > 4G, VoLTE On.
  2. Cara menyemak jika VoLTE tersedia: Settings > General > About > Network Provider  – Celcom 40.2 (Apabila anda klik pada ‘Network Provider’, anda dapat melihat status IMS – Voice & SMS)

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman FAQ atau laman rasmi Celcom. Beritahu pengalaman anda menggunakannya di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version