Site icon TechNave BM

CelcomDigi bekerjasama dengan HUAWEI dan ZTE, modenkan rangkaian 4G dan sedia-5G

CelcomDigi bekerjasama dengan HUAWEI dan ZTE untuk pembelian perkhidmatan rangkaian, penyelesaian dan peralatan bagi projek integrasi dan modernisasi rangkaian di seluruh negara. Usaha ini akan melibatkan kerja penambahbaikan dan integrasi hampir 25,000 tapak Celcom dan Digi yang sedia ada di seluruh negara.

CelcomDigi akan memodenisasikan Rangkaian Akses Radio (RAN) di seluruh negara dengan teknologi terkini yang terdiri daripada perkhidmatan kejuruteraan dan pengoptimuman hujung ke hujung daripada HUAWEI dan ZTE.

HUAWEI dan ZTE juga akan menguruskan projek network densification serta kerja menaik taraf tapak dengan teknologi Dual Band Massive MIMO 32T32R yang boleh meningkatkan kapasiti rangkaian. Tambahan, CelcomDigi juga akan menggunakan Intelligent Network Monitoring bagi memastikan operasi dan penyelenggaraan rangkaian yang efisien.

Peralatan ini akan meningkatkan kualiti perkhidmatan analisis CelcomDigi dan tindak balas dinamik yang kukuh dalam mengurus makluman rangkaian. CelcomDigi menyasarkan penggunaan spektrum 900MHz di seluruh negara di kesemua 18,000 tapak untuk meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan dalam bangunan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version