Site icon TechNave BM

CelcomDigi bina rangkaian digital masa depan, tingkatkan prestasi 4G dan sedia-5G

CelcomDigi hari ini memulakan program berskala penuh untuk membina rangkaian digital masa depan Malaysia dengan mengintegrasi dan memodenkan rangkaian 4G terbesar di Malaysia dengan teknologi-teknologi LTE dan sedia-5G yang terkini.

Ia merupakan antara projek pelancaran rangkaian yang terbesar di negara yang melibatkan sejumlah 18,000 tapak susulan penggabungan Celcom dan Digi pada awal Disember 2022. Rangkaian digital baharu ini dibina atas dua rangkaian sedia ada yang kukuh dengan gabungan jejak 96.4% untuk 4G LTE dan 90.3% untuk 4G LTE-A.

CelcomDigi akan menaik taraf tapak dengan teknologi terkini 4G dan 5G seperti Multiple-Input Multiple-Output (MIMO) dan Unit Jarak Jauh Radio (RRU) berbilang jalur di samping mengemas kini bagi menghapuskan pertindihan operasi. CelcomDigi juga akan menggunakan spektrum 900Mhz untuk meningkatkan liputan dan mutu perkhidmatan dalam ruang tertutup.

Sebelum projek rintis tersebut, pelanggan di seluruh negara telah pun menikmati pengalaman liputan yang lebih baik daripada hampir 400 tapak Rangkaian Teras Berbilang Operator (MOCN) yang telah diaktifkan setakat ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version