Site icon TechNave BM

CelcomDigi ingin jemput anda jadi sebahagian daripada iklan Hari Malaysia 2023

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2023 kelak, syarikat telekomunikasi CelcomDigi ingin menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada sebuah iklan kolaboratif yang ikonik dan terbesar dalam negara.

Dengan inspirasi daripada cogan kata hari kebangsaan pada tahun ini, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, CelcomDigi ingin mencipta sebuah iklan yang mempamerkan kepelbagaian budaya dalam negara. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada iklan ini, ikuti langkah di bawah:

Penghantaran gambar akan dibuka sehingga 12 September 2023 jam 11:59 malam. Gambar anda berpeluang untuk dipamerkan pada lebih 60 papan iklan digital yang didirikan dalam kedai-kedai Celcom Bluecube dan Digi Store seluruh negara.

Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version