Site icon TechNave BM

CelcomDigi kini tawar pelan 1Gbps dengan “Fibre-To-The-Room” secara percuma!

Jika anda tinggal di rumah yang besar dan sering mengeluh tentang ketidakstabilan internet walaupun telah melanggan pelan yang paling laju, CelcomDigi kini ada penyelesaiannya. Kebanyakan orang juga sering menggunakan penghala (router) WiFi untuk meluaskan liputan internet.

CelcomDigi baru-baru ini telah mengumumkan tawaran pelan 1Gbps dengan gentian ke bilik (Fibre-To-The-Room) percuma. Perkhidmatan ini bernilai RM1,920 dan disertakan dengan pemasangan standard percuma. FTTR merupakan langkah di mana penghala utama disambungkan ke MESH setiap bilik melalui kabel optik.

Ini penting untuk rumah yang mempunyai dinding lebih tebal yang menyebabkan penghala WiFi kurang berkesan. Pemasangan akan disiapkan dalam masa sehari dan percuma untuk pelanggan CelcomDigi Fiber di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Bagi pelanggan yang mahukan keselamatan internet lebih tinggi, CelcomDigi turut menyediakan pelan perlindungan melalui F-Secure pada harga RM68 setahun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman rasmi CelcomDigi Fiber di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version