Site icon TechNave BM

CelcomDigi lancar kempen Jom 5G Bersama, tawarkan promosi untuk prabayar dan pascabayar 5G

CelcomDigi telah melancarkan kempen Jom 5G Bersama yang menawarkan pelbagai produk menarik dan berbaloi bagi pelan-pelan Prabayar serta Pascabayar di samping pakej peranti dengan pelbagai telefon 5G. Kempen Jom 5G Bersama bermula 16 Mei hingga 31 Julai 2023.

Pakej telefon 5G kini boleh didapati dengan Digi Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 60 dan Celcom Xpax Postpaid 60. Ini termasuk HONOR X8a 5G dan Samsung A14 5G baharu pada harga eksklusif. Pelanggan boleh mendapatkan pernati tersebut secara percuma apabila digabungkan dengan Digi Pakej PowerJimat pada Digi Postpaid 90 dan Celcom Mega 98.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih telefon 5G termasuk Samsung A14 5G, Redmi 10 5G, OPPO A78 5G dan banyak lagi. Pelanggan yang mendaftar dengan Digi Postpaid Family Unlimited juga boleh memiliki telefon 5G terkini daripada Samsung, HONOR dan OPPO dengan RM0 pendahuluan bagi pelan PhoneFreedom 365.

Pada masa yang sama, pelanggan yang ingin membeli iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Pro Max akan menikmati peningkatan storan percuma dengan mendaftar pada pelan Digi Postpaid 150 atau Celcom MEGA 128 dan ke atas. Pengguna boleh memiliki model 256GB dengan harga 128GB untuk kedua-dua model. Promosi potongan RM480 untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih terpakai.

Untuk masa yang terhad, pelanggan CelcomDigi yang mendaftar untuk pelan Prabayar dan Pascabayar terpilih akan diberi ganjaran sehingga RM100 baucar eWallet. Dengan hanya RM5, pelanggan boleh terus menikmati Pas Internet 3 hari dengan penggunaan 555GB secara eksklusif untuk penstriman video seperti Netflix, YouTube, AstroGo, Viu dan iQiYi.

Berikut adalah pelan promosi Prabayar dan Pascabayar:

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan lain atau untuk mendaftar, sila layari laman rasmi Celcom dan Digi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version