Site icon TechNave BM

CelcomDigi lancarkan Kempen Terima Kasih untuk hargai sokongan pelanggan yang berterusan

Bulan ini menandakan bulan keenam penggabungan Celcom dan Digi. Dengan ini, CelcomDigi melancarkan Kempen Terima Kasih yang diadakan pada hujung minggu lalu. Semua pelanggan yang memasuki kesemua 39 Celcom bluecubes dan 25 Digi Stores di seluruh negara telah diberikan makanan manis dalam bentuk gula-gula kapas oleh pekerja CelcomDigi (CDzens).

Kempen ini adalah selaras dengan komitmen CelcomDigi ke arah mengutamakan pelanggan. Acara dua hari itu menyediakan perkhidmatan di kaunter biasa dengan membolehkan mereka mendengar maklum balas yang jujur dan mendapatkan input pelanggan mengenai pengalaman dan jangkaan mereka.

Sempena kempen itu, semua pelanggan CelcomDigi telah diberikan tawaran peribadi yang dipilih susun secara eksklusif untuk mereka berdasarkan corak penggunaan telefon dan data mereka. Tawaran ini kini disediakan melalui ciri just4ME pada aplikasi Celcom Life atau Box of Surprise pada aplikasi MyDigi. Selain itu, promosi berterusan lain yang menarik dengan lebih banyak tawaran bernilai untuk wang yang boleh mereka pilih termasuk:

  1. Telefon pintar HONOR X6 percuma untuk pelanggan yang melanggan Digi Postpaid 60 pada Pakej PowerJimat atau Celcom Xpax Postpaid 60 di bawah kontrak 24 bulan.
  2. Tawaran pengenalan bonus Internet 50% terpakai untuk 5G Boosters pada pelan Prabayar dan Pascabayar Celcom dan Digi.
  3. Baucar ganjaran yang menarik daripada peniaga F&B dan gaya hidup terkemuka termasuk Baskin Robbins, Gong Cha, Legoland dan banyak lagi di Apl Celcom Life dan Apl MyDigi.

Pelanggan boleh masuk ke Celcom bluecube dan Rakan Kongsi Sah Celcom, Digi Store dan Digi Store Express terdekat untuk menikmati tawaran yang diperibadikan. Mereka juga boleh memilih untuk melawat kedai dalam talian Celcom atau Digi . Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.celcomdigi.com/thankyou untuk menyemaknya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version