Site icon TechNave BM

CelcomDigi lancarkan MobileSHIELD untuk lindungi anda daripada “scam”

CelcomDigi hari ini memperkenalkan MobileSHIELD iaitu sebuah aplikasi keselamatan mudah alih yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan tahap keselamatan digital para pelanggan.

Dibangunkan dengan kerjasama F-Secure, ia membantu pelanggan supaya mereka dilindungi daripada pelbagai ancaman digtial seperti penipuan dalam talian (scam), aplikasi berbahaya, ketirisan identiti dan ancaman privasi.

MobileSHILED boleh dilanggan pada harga bermula RM10 sebulan atau RM4 sebulan dengan tempoh kontrak selama 12 bulan. Pelanggan yang melanggan kepadanya antara tempoh 7 Ogos sehingga 18 September 2025 boleh menikmati percubaan percuma selama sebulan.

Berikut adalah faedah yang sediakan oleh MobileSHIELD:

MobileSHIELD boleh dilanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi, kemudian ia boleh dimuat turun daripada gedung aplikasi seperti Apple App Store atau Google Play Store.

Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version