Site icon TechNave BM

CelcomDigi lancarkan pelbagai pelan menarik sempena Ramadan dan Raya tahun ini

CelcomDigi Berhad hari ini memperkenalkan pelan tanpa had baharu buat pengguna Xpax Postpaid, percubaan percuma 5G Booster untuk pengguna Digi Prepaid dan pelancaran kempen terkini sempena musim perayaan Ramadan dan Raya.

Bermula hari ini, 16 Mac hingga 15 Mei 2023, semua pelanggan baharu dan sedia ada CelcomDigi boleh menikmati seleksi tawaran yang sungguh berbaloi untuk pelan pascabayar dan prabayar serta pelbagai peranti menarik yang menawarkan telefon pintar 5G dan iPad percuma.

CelcomDigi membawakan Xpax Postpaid Unlimited 75 hanya untuk masa terhad dengan menampilkan internet tanpa had berkelajuan 10Mbps dan hotspot bulanan 10GB percuma serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelanggan yang mendaftar pelan ini dengan kontrak 12 bulan akan turut menikmati rebat RM10 dengan hanya RM65 sebulan selama 12 bulan.

Mulai hari ini, pengguna Digi Prepaid yang layak boleh mengakses perkhidmatan 5G secara percuma jika mereka memilih 5G Booster. Ia boleh dinikmati oleh pengguna Digi Prepaid NEXT yang menggunakan pelan internet bulanan dari 16 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Pengguna Digi Postpaid juga berpeluang menikmati tawaran pengenalan percuma ini hingga 30 April 2023.

Sahur Pass eksklusif sempena Ramadan memberikan pengguna pascabayar dan prabayar Celcom serta Digi boleh menikmati kuota Internet berkelajuan tinggi sebanyak 444GB pada hanya RM7. Pas ini sah selama tujuh hari dan terpakai untuk penggunaan internet antara 3.00 pagi hingga 7.00 pagi. Pas boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.

HD Video Pass: Dengan kuota Internet 555GB untuk pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Digi boleh menonton rancangan kegemaran mereka di Netflix, YouTube, AstroGo, Viu dan iQiYi. Pas video ini boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi pada hanya RM5 dengan tempoh sah tiga hari.

CelcomDigi juga menawarkan lebih banyak telefon pintar 5G percuma. Pelanggan baharu dan sedia ada kini boleh menikmati Samsung Galaxy A14 5G percuma apabila mereka mendaftar dengan Celcom MEGA 98 atau Pakej PowerJimat dengan Digi Postpaid 90.

Galaxy A14 5G akan menyertai rangkaian luas telefon pintar 5G percuma yang ditawarkan termasuk OPPO A78 5G, Redmi 10 5G, HONOR X8 5G (eksklusif untuk pengguna Digi) dan HONOR X9a 5G (eksklusif untuk pengguna Celcom).

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila layari Celcom dan DiGi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version