Site icon TechNave BM

CelcomDigi lancarkan promosi khas, “chatbot” Maya sempena Hari Gawai & Kaamatan

Sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Kaamatan yang akan tiba pada hujung bulan ini, CelcomDigi memperkenalkan sebuah chatbot kecerdasan buatan (AI) khas bernama Maya yang bertujuan menghidupkan kembali bahasa ibunda Borneo seperti Iban dan Dusun.

Maya direka sebagai teman digital yang membolehkan pengguna mempelajari bahasa Borneo menggunakan teknologi yang mudah diakses. Ia dibangunkan bersama Replyr.ai dan boleh digunakan oleh lebih 20 juta pelanggan CelcomDigi seluruh negara.

Inisiatif ini turut dipromosikan dalam filem pendek bertajuk Maya yang menceritakan seorang gadis Iban dalam mencari semula dialek ibundanya yang semakin dilupakan. Gadis tersebut nekad memastikan bahasa-bahasa ini bukan sekadar didengari, malah diwarisi oleh generasi muda untuk memelihara budaya dan identiti kaumnya.

Selain itu, CelcomDigi akan turut menawarkan promosi istimewa sempena sambutan Hari Gawai dan Hari Kaamatan:

Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version