Site icon TechNave BM

CelcomDigi: Pelanggan berpeluang menangi TV Pintar QLED Samsung 75″ melalui pelan CelcomDigi terpilih

Untuk meraikan perayaan Hari Raya dalam beberapa minggu lagi, CelcomDigi menawarkan pelanggannya untuk memenangi Samsung QLED Smart TV 75 inci baharu bernilai RM14,999 setiap satu. Sebanyak 12 unit untuk direbut dan akan diberikan kepada pelanggan bertuah selama 12 minggu.

Untuk menyertai peraduan, kedua-dua pelanggan Celcom dan Digi perlu mendaftar pada mana-mana pelan Celcom atau Digi Postpaid bernilai RM60 dan ke atas di cawangan Celcom bluecube atau Digi Store dari 7 April hingga 30 Jun 2023.

Bukan itu sahaja, mereka berpeluang untuk memenangi telefon pintar Samsung, OPPO, HONOR atau Redmi 5G percuma sambil menikmati faedah tambahan Internet 5G. Berikut merupakan pelan yang layak untuk peraduan selagi ia melebihi RM60:

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ini di laman web rasmi Celcom dan Digi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version