Site icon TechNave BM

CelcomDigi perkenal pelan prabayar 5G baharu dengan kuota besar, internet tanpa had bermula RM25/bulan

CelcomDigi hari ini mengumumkan penstrukturan semula pelan prabayarnya menerusi pelancaran dua siri baharu iaitu Prepaid 5G NX dan Prepaid 5G UV yang masing-masing ditawarkan pada harga serendah RM25 dan RM30. Tawaran ini direka bagi memenuhi keperluan pengguna yang mengutamakan kuota besar atau internet tanpa had.

Prepaid 5G NX

Untuk pengguna yang mengutamakan pengalaman internet berkelajuan tinggi dengan kuota data yang besar, pelan Prepaid 5G NX ditawarkan dalam dua pilihan:

Kedua-dua pelan ini turut disertakan dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan dan tempoh sah 30 hari.

Prepaid 5G UV

Bagi pengguna yang lebih mengutamakan akses tanpa had, pelan Prepaid 5G UV menyediakan sambungan internet berterusan dengan polisi penggunaan saksama (FUP):

Walaupun pelan UV menawarkan akses tanpa had, had kelajuan dan FUP ditetapkan bagi memastikan prestasi rangkaian kekal stabil untuk semua pengguna. Pelanggan sedia ada Celcom atau Digi boleh menaik taraf ke pelan-pelan ini melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Maklumat lanjut berkenaan pelan prabayar baharu ini boleh didapati di laman rasmi CelcomDigi di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version