Site icon TechNave BM

CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau umrah di Arab Saudi.

Pakej ini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom, Digi dan CelcomDigi. Ia membenarkan pelanggan untuk kekal berhubung sepanjang berada di Arab Saudi, dengan harga RM128 untuk akses internet tanpa had dan panggilan telefon 30 minit selama 45 hari.

Hajj Roaming Pass akan ditawarkan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2024 sahaja. Ia boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika pas ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version