Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan data 5G sebanyak 6GB dengan harga serendah RM3, serta pelbagai promosi lain

Bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati internet 5G berkelajuan tinggi pada harga berpatutan, CelcomDigi menganjurkan promosi Hari Gaji Specials untuk para pelanggannya di mana anda boleh dapatkan tawaran data 5G Booster pada harga yang sangat rendah.

Sepanjang promosi ini, para pelanggan prabayar Celcom XPAX dan Digi Prepaid boleh dapatkan kuota internet yang lebih tinggi sebanyak dua kali ganda berbanding biasa, apabila anda membeli pakej 5G Booster melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Berikut adalah senarai harga untuk kuota internet tambahan ini:

Selain itu, anda juga boleh dapatkan kuota internet 30GB yang boleh digunakan selama tujuh hari, dengan membeli Celcom XPAX Unlimited 38 dan ke atas atau Digi Prepaid NEXT 35 dan ke atas. Ia perlu dibeli melalui aplikasi Boost atau ZCity.

Buat para pelanggan pascabayar Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid pula, anda boleh dapatkan 5G Booster dengan kuota internet tanpa had selama tujuh hari pada harga RM15 sahaja. Ia boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 27 November 2023. Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version