Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan data internet 44GB serendah RM9 sempena promosi 4.4

CelcomDigi Berhad akan menganjurkan promosi khas 4.4 Sale bermula hari ini sehingga 9 April, di mana pelanggan Celcom dan Digi boleh menikmati pelbagai diskaun untuk pakej telekomunikasi prabayar dan pascabayar.

Antara promosi yang menarik termasuklah data internet berkelajuan tinggi 44GB Internet Pass serendah RM9 sahaja. Selain mendapat data yang banyak, pelanggan pelan ini juga boleh menonton video dalam YouTube dan TikTok tanpa sebarang had data.

Perlu diingati bahawa Internet Pass ini hanya boleh digunakan dalam tempoh empat hari dan ia boleh dibeli daripada aplikasi Celcom Life App, MyDigi App atau laman web Celcom dan Digi.

Selain itu, anda juga boleh membeli telefon pintar OPPO A78 5G pada harga RM299 sahaja, apabila anda melanggan kepada pelan CelcomMEGA 98 atau Digi Postpaid 90. Harga tersebut adalah diskaun sebanyak 80 peratus daripada harga asal untuk OPPO A78 5G.

Dua pelan pascabayar itu akan disertakan bersama internet berkelajuan tinggi 60GB dan panggilan telefon tanpa had. Tawaran ini hanya boleh didapati dari laman web Celcom Online Shop dan Digi Store Online.

Pelanggan Celcom MEGA 98 atau Digi Postpaid 90 juga boleh menikmati Internet Fibre selama sebulan secara percuma, apabila mereka melanggan kepada CelcomDigi Fibre 300Mbps melalui laman promosi 4.4. Bulan pertama akan diberikan secara percuma, kemudian anda akan dicaj sebanyak RM100 sebulan.

Untuk pelanggan prabayar pula, anda boleh beli pakej Super Long Life pada harga RM54 dan lanjutkan penggunaan talian prabayar sehingga setahun.

Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version