Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan hadiah bertemakan Star Wars untuk para pelanggan

Sempena sambutan Hari Star Wars yang jatuh pada 4 Mei, CelcomDigi memperkenalkan siri aksesori CelcomDigi Collectibles: Star Wars Edition yang merangkumi pelbagai produk khas bertemakan siri fiksyen sains popular itu. Ia akan ditawarkan kepada pelanggan CelcomDigi yang turut melanggan kepada perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar melalui CelcomDigi.

Siri aksesori ini terdiri daripada Star Wars Treasure Box yang mempunyai kotak besi, topi bucket dan beg boleh lipat. Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan pelan CelcomDigi ONE Ultra, atau pelan ONE Pro dengan tambahan StreamMORE Disney+ Hotstar Add-On.

Selain itu, terdapat juga pakej Star Wars Shiny Pins yang mempunyai lima pin enamel yang boleh dipakaikan pada baju atau beg. Ia ditawarkan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar yang melanggan kepada Disney+ Hotstar melalui tambahan StreamMORE Add-On. Pelanggan prabayar juga boleh mendapatkannya melalui pas SpeedStream Disney+ Hotstar.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 16 Jun 2025 dan hanya layak untuk pendaftaran dalam kedai fizikal sahaja. Layari laman web CelcomDigi untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version