Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan internet 15GB serendah RM15 dan banyak lagi sempena promosi Hari Gaji

CelcomDigi Berhad kini sedang menganjurkan promosi Hari Gaji Special yang akan berlangsung sehingga 27 Julai 2023, di mana para pelanggan boleh menikmati pelbagai penjimatan untuk kuota internet.

Untuk para pelanggan prabayar Celcom XPAX dan Digi Prepaid, para pengguna boleh mendapatkan kuota tambahan 10GB apabila mereka menambah nilai sekurang-kurangnya RM30 menggunakan aplikasi dan e-dompet terpilih.

Pelanggan Celcom XPAX boleh mendapatkan promosi ini melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau e-dompet Boost. Untuk pelanggan Digi Prepaid pula, ia boleh didapati dari aplikasi MyDigi, Digi Store Online, Boost, Lazada, Shopee, Touch ‘n Go eWallet dan Z City.

Sementara itu, pelanggan pascabayar Celcom XPAX Postpaid, Celcom MEGA dan Digi Postpaid pula boleh mendapatkan pas internet berkelajuan tinggi sebanyak 15GB pada harga RM15 sahaja. Pas ini boleh digunakan selama tujuh hari selepas tarikh pembelian.

Pelanggan pascabayar Celcom boleh mendapatkan promosi ini melalui aplikasi Celcom Life, manakala pelanggan pascabayar Digi boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi dan laman web Digi Store Online.

Layari laman web Celcom atau Digi untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version