Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan internet 222GB serendah RM8 sahaja dan banyak lagi dalam promosi 2.2 Sale

CelcomDigi telah mengumumkan promosi 2.2 Sale untuk bulan Februari 2024, di mana syarikat telekomunikasi itu akan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan peranti pada harga diskaun. Promosi ini akan berlangsung pada 1 hingga 7 Februari 2024 sahaja.

Antara produk yang ditawarkan pada harga diskaun adalah iPad 10.9 inci (Wi-Fi, 64GB) yang terbaru (generasi ke-10) pada harga RM1,599 sahaja, iaitu lebih rendah sebanyak RM400 daripada harga asalnya RM1,999.

Di samping itu, iPad Air 10.9 inci (Wi-Fi, 64GB) juga akan dijual pada harga diskaun iaitu RM2,399 (harga asal RM2,899). Kedua-dua tablet ini boleh dibeli dengan pelan pembayaran faedah 0% dan tidak memerlukan kontrak.

Untuk perkhidmatan internet pula, CelcomDigi menawarkan internet 4G/5G dengan kuota 222GB serendah RM8 sahaja untuk penggunaan selama empat hari. Data internet ini ditawarkan kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar serta boleh dibeli melalui Celcom Life App atau MyDigi App.

Khas untuk para pelanggan prabayar pula, anda kini boleh lanjutkan tempoh sah penggunaan sehingga setahun dengan Prepaid Super Long Life pada harga RM54 sahaja, iaitu lebih rendah sebanyak 50% daripada harga asalnya RM108. Ia boleh dibeli melalui Celcom Life App atau MyDigi App.

Anda boleh layari laman web Celcom atau Digi untuk promosi-promosi lain yang ditawarkan dalam 2.2 Sale. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version