Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan perayauan 5G di lebih 30 Negara serendah RM25

CelcomDigi ingin memudahkan pelanggan yang melancong ke destinasi popular seperti Singapura, Indonesia, Thailand atau China untuk menikmati sambungan 4G dan 5G yang pantas semasa dalam perjalanan. Perayauan 5G disediakan pada Pas Perayauan Celcom dan Digi serta disokong di sejumlah 38 negara.

Bagi pelanggan yang melakukan perjalanan yang lebih jauh, Celcom menawarkan Pas Internet Tanpa Had 30 Hari pada harga RM98, sah di 57 negara. Pelanggan Digi pula boleh memanfaatkan Pas Dunia 30 Hari yang disertakan dengan Internet berkelajuan tinggi 30GB pada harga RM95, sah di 69 negara.

Bagi pengembara jangka pendek, Celcom dan Digi menawarkan pelbagai pas perayauan harian dan mingguan untuk memenuhi keperluan perjalanan mereka. Pelanggan Celcom boleh menikmati Pas Internet Tanpa Had 7 Hari dengan hanya RM58. 

Pelanggan Digi boleh merayau di Asia dan banyak lagi dengan Internet 2GB dan panggilan 30 minit dengan tempoh sah tiga hari serendah RM25. Pelanggan yang melawat Singapura, Indonesia dan Thailand boleh mendapat lebih banyak kuota Internet bonus sehingga 2GB. 

Pelanggan Celcom dan Digi boleh membeli pas perayauan sebelum berlepas melalui Aplikasi Celcom Life atau MyDigi. Pengembara perlu memastikan bahawa akses 5G telah diaktifkan pada pelan mudah alih mereka secara tempatan sebelum berlepas. Pastikan pengguna mempunyai peranti berdaya 5G bersama mereka semasa dalam perjalanan.

Pengembara perlu menyemak imbas aplikasi Celcom Life dan MyDigi untuk memilih serta pra-tempah pas perayauan pilihan mereka. Ketahui lebih banyak maklumat mengenai pelan perayauan yang ditawarkan pada laman web rasmi Celcom dan Digi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version