Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan pra-tempah untuk siri Samsung Galaxy S23 sehingga 23 Februari ini

Nampaknya peminat Samsung Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk siri Samsung Galaxy S23 kerana CelcomDigi baru sahaja mengumumkan pra-tempah melalui pelan Celcom MEGA dan Digi PhoneFreedom 365 mereka. 

Mulai hari ini hingga 23 Februari 2023, pelanggan boleh membuat pesanan melalui  Celcom Online Store dan Digi Store Online untuk menikmati penjimatan tambahan sebanyak RM240 dan menikmati akses 5G dengan pelan mereka daripada Celcom dan Digi. Promosi ini hanya untuk Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Selan itu, siri Galaxy S23 akan disediakan di semua cawangan Celcom bluecube dan kedai Digi mulai 24 Februari 2023. Sebagai imbasan semula, telefon andalan baharu ini menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 12GB, storan UFS 4.0 sehingga 1TB, kamera utama 200MP, sokongan 5G, sehingga 5000mAh bateri dan banyak lagi.

Di bawah adalah harga rasmi untuk siri Galaxy S23:

Galaxy S23 Ultra

Galaxy S23+

Galaxy S23

Ketahui lebih lanjut mengenai pra-tempah ini di laman web Celcom dan Digi.  Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version