Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan telefon 5G percuma dan kuota internet tambahan

Sebagai salah satu syarikat telekomunikasi, CelcomDigi ingin memenuhi keperluan pelanggan yang ingin berhubung dengan 5G dengan lebih banyak model telefon 5G percuma. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran menarik untuk pelan pascabayar, prabayar dan gentian pada masa ini.

Pada Januari lepas, CelcomDigi menawarkan Redmi 10 5G dan Samsung Galaxy A13 5G percuma manakala kini, ia menambah OPPO A78 5G dan HONOR X9a 5G dalam pelan bundle pascabayar. Pelanggan juga boleh memilih rangkaian telefon 4G percuma seperti Samsung Galaxy A04, vivo Y16, HONOR X6, OPPO A17 dan banyak lagi. 

Selain itu, Pelan Celcom MEGA, Xpax Postpaid dan Digi Postpaid turut menawarkan bonus kuota Internet sehingga 50% dengan akses 5G percuma untuk pelan terpilih. Pelanggan yang mendaftar untuk pelan Pascabayar Digi akan terus menikmati jumlah rebat pelan sebanyak RM180.

Pelanggan Celcom MEGA dan Xpax Postpaid layak untuk mendapatkan pengalaman Blacknut Cloud Gaming, membolehkan mereka akses tanpa had kepada berbilang game di pelbagai platform. Pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas juga akan terus menikmati penstriman, game dan media sosial tanpa had tanpa kos tambahan melalui Freedom Add-Ons dengan kontrak 12 bulan.

Pelanggan yang mendaftar dengan Digi Prepaid NEXT Unlimited 40 dan Xpax Prepaid 38 5GB akan menikmati Internet dan Panggilan tanpa had. Dengan hanya RM5, pelanggan Xpax Mix & Match boleh memilih untuk menambah kuota Internet 99GB pada aplikasi terpilih. 

Bagi pelanggan Celcom MEGA dan Digi Postpaid sedia ada, anda boleh menikmati akses Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 300Mbps pada Celcom Home Fiber dan Digi Fiber pada harga RM100/bulan apabila digabungkan dengan pelan pascabayar yang layak. 

Pelanggan boleh melayari laman web Celcom atau Digi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Home Fiber dan liputan gentian di kawasan anda. Layari laman web rasmi Celcom dan Digi di sini untuk tahu maklumat mengenai promosi di atas dan seterusnya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version