Site icon TechNave BM

CelcomDigi umumkan pelan gentian rumah baharu dengan harga lebih rendah bermula RM89/bulan untuk 100Mbps

CelcomDigi hari ini mengumumkan pelan gentian rumah baharu yang dipertingkatkan untuk pelanggan baharu dan sedia ada. Mereka menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan sambungan rumah yang dipasangkan dengan pelan gentian ultra-pantas dan mampu milik sehingga kelajuan 1Gbps.

Pelan gentian CelcomDigi hadir dengan harga baharu yang lebih berbaloi dan tersedia di seluruh negara mulai sekarang. Pelanggan yang memilih pelan gentian CelcomDigi 300Mbps baharu dengan pelan Pascabayar Celcom atau Digi layak menerima potongan sehingga enam bulan bil. Harga purata hanya RM97 sebulan dalam tempoh 24 bulan.

Semua pelanggan gentian CelcomDigi sedia ada akan menikmati harga baharu ini secara automatik merentas semua pelan tanpa pembaharuan kontrak atau lanjutan. CelcomDigi juga menggalakkan pengguna untuk beralih kepada pelan terbaru CelcomDigi untuk menikmati lebih banyak penjimatan dan faedah eksklusif.

Untuk pengetahuan, perkhidmatan tambahan gentian ke bilik (FTTR) yang dilancarkan baru-baru ini yang boleh memberikan kelajuan sehingga 1Gbps ke setiap bilik. Untuk mendaftar mana-mana pelan gentian CelcomDigi baharu, anda boleh mengunjungi Kedai Blue Cube atau Digi terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari fiber.celcomdigi.com.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version