Site icon TechNave BM

CEO Apple berkata penggunaan Android lebih meluas berbanding iOS

CEO Apple, Tim Cook, mengatakan bahawa sistem operasi Android adalah sistem yang lebih meluas di seluruh dunia berbanding iOS. Beliau berkata demikian sewaktu perbicaraan saman anti-kepercayaan (antitrust lawsuit hearing) oleh House Judiciary Committee, apabila ditanya tentang monopoli Apple dalam industri telefon pintar.

Sewaktu keterangannya, Cook mengatakan syarikatnya tidak terlibat dalam menguasai pasaran telefon pintar. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan produk-produk Apple telah merangsang dan membangunkan pasaran perisian mudah alih seperti yang diharapkan oleh mendiang Steve Jobs.

Memandangkan jumlah pengguna Android adalah lebih ramai berbanding iOS, mungkin ini ada benarnya. Walau bagaimanapun, Apple masih mengamalkan amalan yang mengongkong para penggunanya seperti mengehadkan produk mereka kepada aksesori Apple sahaja, menyuruh pembina aplikasi untuk patuh kepada peraturan yang meragukan serta membuang game dalam Arcade kerana ia tidak mendapat sambutan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version