Site icon TechNave BM

CEO Apple mengatakan Android ada lebih banyak “malware” sebanyak 47 kali ganda berbanding iOS

Dalam sebuah temuramah hari ini, CEO Apple Time Cook mengatakan bahawa sistem perisian Google Android adalah lebih berbahaya berbanding iOS. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam persidangan VivaTech yang membincangkan isu tentang keselamatan siber, privasi dan pelbagai perkara melibatkan teknologi.

Menurut Cook, Android mempunyai perisian malware lebih banyak berbanding iOS sebanyak 47 kali ganda. Beliau juga mengatakan Apple sudah berusaha sejak lebih sedekad lalu dalam menyediakan privasi tertinggi kepada para pengguna mereka dan kini adalah lebih selamat berbanding sistem operasi oleh Google itu.

Ini juga adalah sebab kenapa Apple tidak membenarkan pemasangan aplikasi secara luaran (side-loading) dalam peranti Apple kerana mereka ingin menapis terlebih dahulu tahap keselamatan aplikasi yang ditawarkan dalam App Store. Hanya aplikasi yang telah mendapat pengiktirafan Apple boleh ditawarkan dalam platform tersebut.

Beliau mengenang kembali kepada mendiang Steve Jobs yang mengatakan privasi adalah hak pengguna untuk mengetahui semua perkara yang mereka ingin gunakan dalam perkhidmatan Apple dan izin para pengguna akan diminta beberapa kali oleh Apple dalam mengakses data peribadi mereka.

Cook turut berkongsi tentang keterujaan beliau terhadap perluasan teknologi augmented reality dan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: India Times

Exit mobile version