Site icon TechNave BM

CEO baru Intel : Intel akan hasilkan cip yang lebih baik dari cip komputer Apple

Semalam, Intel secara rasmi telah mengumumkan bahawa CEO mereka buat masa ini, Bob Swan akan meninggalkan syarikat pada bulan Februari yang akan datang. Beliau akan digantikan oleh bekas CTO, Pat Gelsinger.

Berdasarkan sumber, Gelsinger menyatakan sasaran utama beliau adalah Apple. Beliau ingin memastikan Intel dapat menghasilkan cip komputer yang lebih baik dari cip komputer Apple.

Gelsinger juga telah bermesyuarat dengan semua pekerjanya dan memberitahu dengan jelas bahawa Intel perlu menawarkan ekosistem PC dengan produk yang lebih berkualiti berbanding produk Apple. Beliau tidak menyebut nama Apple tetapi menggantikannya dengan ‘syarikat gaya hidup’ dari Cupertino.

Beberapa bulan yang lalu, Apple telah melancarkan komputer dengan cip buatan mereka sendiri, M1 yang mendapat respons yang positif dari peminat gajet. Cip Apple M1 dilihat mampu untuk menandingi cip dari Intel yang mereka pernah gunakan sebelum ini.

Adakah Intel berjaya untuk hasilkan cip yang lebih baik dari cip dari Apple? Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version