Site icon TechNave BM

CEO Black Shark beri acahan Black Shark 4 mungkin hadir dengan rekaan lutsinar

Walaupun siri Black Shark 3 dilancarkan pada tahun lepas, namun peranti gaming ini masih lagi menjadi bualan hangat sebagai pesaing kepada ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Terkini, CEO Black Shark dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur acahan tentang rekaan Black Shark 4 yang bakal muncul pada tahun 2021 ini.

Mengikut garis masa sebelum ini, peranti Black Shark 4 mungkin hadir pada bulan Mac. Namun, tiada sumber yang mendedahkan spesifikasi peranti ini selain daripada janaan cipset Snapdragon 888. CEO Black Shark kini memuat naik status di laman carian Weibo. Pernyataannya dilihat merujuk kepada rekaan lutsinar Black Shark 4.

Sebenarnya, tidak mustahil jika Black Shark 4 hadir dengan rekaan lutsinar kerana sebelum ini, Lenovi Legion Phone Duel pernah tampil dengan rekaan lutsinar.

Apa pun, semestinya kita bakal mengetahui ura-ura dan jangkaan spesifikasi Black Shark 4 pada hari yang akan datang. Adakah anda sedang menanti kemunculan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version