Site icon TechNave BM

CEO Black Shark mengacah kehadiran Black Shark 4, mungkin dilancar seawal hujung Mac ini

Menerusi muat naik status di laman carian popular di China, Weibo, CEO Black Shark dilihat mengacah kehadiran generasi seterusnya peranti gaming Black Shark. Kami mengandaikan ini adalah masa yang tepat memandangan peranti gaming seperti nubia Red Magic 6 dan ASUS ROG Phone 5 sudah dirasmikan.

Menurut sumber, CEO Black SHark dilihat memuat naik siaran yang mengacah kekuatan Black Shark dan turut menyatakan bahawa Black Shark 3S sudah habis dijual, Black Shark 4 bakal menyusul.

Setakat ini, siri Black Shark 4 dijangka hadir dengan Snapdragon 888/Snapdragon 870 dengan paparan 6.67 inci, bateri 4500mAh dan cas pantas sehingga 120W. Apa pun, kita perlu menunggu maklumat yang lebih sahih atau dari pihak Black Shark sendiri.

Anda boleh menyemak spesifikasi pernati Black Shark 3 yang hadir pada tahun 2020 di pautan ini.

Adakah anda sedang menunggu kemunculan siri Black Shark 4? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version