Site icon TechNave BM

CEO dan Naib Presiden OPPO beri maklumat tentang Find X2

Malang sekali buat peminat OPPO, pada tahun lepas kita tidak menerima sekuel kepada telefon pintar flagship OPPO yang dikeluarkan pada 2018, Find X. Namun sebuah tulisan ringkas daripada Naib Presiden dan Presiden Pemasaran Global syarikat itu, Brian Shen, tentunya akan menceriakan peminat syarikat elektronik dari China itu.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial Weibo, Brian mengucapkan selamat tahun baru kepada pengikutnya, sambil mengakhirkannya dengan hashtag #Find X2#.

Turut mengukuhkan kenyataan Brian ialah satu kenyataan dalam sebuah temuramah bersama pengasas dan CEO OPPO, Chen Mingyong, yang mengatakan Find X2 akan diumumkan pada suku pertama 2020.

Chen mengesahkan bahawa peranti flagship itu akan dilengkapi dengan chipset Snapdragon 865 yang baru sahaja diumumkan oleh Qualcomm pada Disember lalu dan akan menawarkan kebolehan 5G yang amat pantas. Namun, Brian atau Shen tidak memberikan sebarang butiran lanjut selain kenyataan-kenyataan di atas.

Adakah anda teruja dengan kedatangan flagship OPPO yang seterusnya? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia telefon pintar!

Sumber: GizmoChina

Exit mobile version