Site icon TechNave BM

CEO Facebook Mark Zuckerberg sangat menggemari telefon pintar Samsung

Dalam sebuah temu ramah bersama Marques Brownlee, pengasas Facebook Mark Zuckerberg mengatakan beliau sangat menggemari telefon pintar daripada Samsung. Apabila Marques bertanya kepada Mark apakah telefon yang beliau gunakan setiap hari, Mark membalas “saya telah menggunakan telefon Samsung selama beberapa tahun dan saya adalah peminat besar terhadapnya.”

Mark turut berpendapat bahawa Samsung membina telefon-telefon yang sangat baik. Memandangkan jutaan pengguna Facebook menggunakan telefon pintar Android, beliau turut mengatakan bahawa pasukan pengurusan produk untuk Facebook perlu didedahkan dengan pelbagai telefon Android di samping iPhone.

Mark adalah antara tokoh yang paling berpengaruh dalam dunia teknologi, jadi kesukaannya terhadap telefon Samsung tentu akan mempengaruhi jualan peranti Samsung ke arah yang lebih baik. Selain telefon pintar, Mark dan Marques turut membincangkan tentang realiti maya (VR), realiti tertambah (AR), teknologi hologram, hala tuju Oculus dan banyak lagi.

Anda boleh tonton temu ramah Mark dan Marques di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Marques Brownlee YouTube

Exit mobile version