Site icon TechNave BM

CEO ‘game’ popular meninggal dunia, disyaki telah diracun

Terkini, pengasas dan CEO sebuah syarikat game terkenal Yoozoo Games telah meninggal dunia setelah dimasukkan ke dalam wad hospital. Beliau disyaki telah diracun dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Yoozoo Games telah mengumumkan berita dukacita ini, pengasas syarikat bernama Lin Qi telah meninggal dunia pada 25 Disember 2020. Lin Qi telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami simptom-simptom tertentu dan masih stabil pada beberapa hari yang lepas.

Menurut sumber, pihak berkuasa telah menyatakan bahawa rakan sekerja Lin Qi telah ditahan untuk membantu siasatan.

Sepintas lalu, Yoozoo Games telah mengeluarkan beberapa game popular termasuklah Game of Thrones: Winter is Coming. Pihak syarikat Yoozoo menyatakan bahawa operasi syarikat berjalan seperti biasa dan akan mencari pengganti Lin Qi.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Straits Times

Gambar dari PCGamingWiki

Exit mobile version