Site icon TechNave BM

CEO HONOR beri petunjuk pelancaran HONOR X10 Max

Baru-baru ini, CEO HONOR George Zhao menulis di Weibo bahawa sebuah produk yang mempunyai skrin besar akan hadir tidak lama lagi. Walaupun beliau tidak menyatakan secara spesifik, mungkin produk tersebut adalah HONOR X10 Max yang telah diperkatakan oleh media sejak beberapa minggu lalu.

George turut menjelaskan bahawa jenama yang menaungi HONOR, Huawei, telah mengharungi pelbagai cabaran dengan banyak produk, termasuk bertukar daripada 4G ke 5G, namun masih komited untuk menghasilkan sebuah peranti bersaiz besar.

Sebelum ini, George Zhao telah memuat naik sebuah gambar yang memberi petunjuk tentang HONOR X10 Max, di mana gambar tersebut menunjukkan pembentangan tentang butiran skrin telefon tersebut yang mempunyai saiz 7 inci dan jurang warna (colour gamut) DCI-P3.

Beritahu kami jika anda berminat untuk memiliki HONOR X10 Max ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version