Site icon TechNave BM

CEO Huawei jelaskan kenapa siri P40 paling bagus digunakan dengan paparan 90Hz

CEO Huawei, Yu Chengdong, baru-baru ini menjelaskan kenapa telefon flagship terbaru oleh syarikat itu, siri Huawei P40, tidak dilengkapi skrin dengan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz seperti telefon-telefon flagship lain.

Beliau mengatakan perkakasan P40 mampu mencapai 120Hz namun Huawei mempertimbangkan pelbagai faktor lain seperti penggunaan tenaga daripada bateri. Akhirnya, syarikat itu memutuskan untuk kekal pada 90Hz sahaja bagi penggunaan optimum. Yu juga mengatakan paparan 90Hz dalam P40 Pro dan P40 Pro+ telah dilaraskan sebaik mungkin agar ia nampak sangat lancar.

Ketiadaan 120Hz dalam siri Huawei P40 adalah sesuatu yang agak mengecewakan, memandangkan telefon flagship oleh syarikat-syarikat pesaing seperti siri Samsung S20 dan ASUS ROG II sudah pun mempunyai 120Hz.

Adakah ketiadaan 120Hz dalam siri Huawei P40 akan mempengaruhi keputusan anda untuk membelinya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version